Wednesday 12 December 2012

Bapa kejam gila

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.

GANAS...gambar yang diambil daripada video di facebook menunjukkan bapa membelasah anaknya.
KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”

Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.

Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.

Thursday 15 November 2012

Dua korban treler 'terbang'


pix_middle

pix_topright
BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.

Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.

Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran.

“Pemandu treler berkenaan maut akibat parah di kepala dan badan manakala kelindannya putus tangan kanan dan hancur di bahagian muka.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Myvi pula parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Sehingga ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan treler berkenaan dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebaik menuruni selekoh berkenaan.

Difahamkan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa mengambil kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi kejadian berikutan kesesakan lalu-lintas.

Sunday 14 October 2012

Kisah Ahmad Nisfu Mati Daif Dan Keseorangan


Peminat filem Melayu terutama dari era Tan Sri P. Ramlee pasti mengenali Ahmad Nisfu.

Mungkin bukan seorang pelakon yang kacak, tetapi pastinya seorang pelakon yang sangat berbakat.

Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada di puncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni itu dan terus tenggelam ditelan arus berzaman.

Dan mungkin ramai yang tidak tahu, penghujung hidup pelakon itu nyata berbeza sekali dari watak-watak orang kaya dipegangnya dalam sebahagian filem-filemnya.

Thursday 27 September 2012

Aku maafkan kamu!

ROBERT Pattinson, si hero filem Twilight mungkin seorang lelaki yang amat pemaaf orangnya. Mana tidaknya, dia masih boleh memaafkan kekasih hati, Kristen Stewart yang sebelum ini pernah mengaku berlaku curang.

Biarpun kisah cinta pasangan itu masih menjadi tanda tanya, Pattison mengejutkan ramai peminat apabila memberitahu dia bersedia memaafkan wanita berusia 22 tahun itu. Bagaimanapun dia meletakkan syarat supaya Pattison sanggup berkahwin dan menghabiskan sepanjang hayat dengannya.

“Satu-satunya jalan agar dia memaafkan kesalahan itu adalah Kristen harus bersedia memberi seluruh komitmen. Robert ingin menikahi Kristen. Akan tetapi, dia tidak akan kembali jika Kristen tidak mahu merubah sikap buruknya yang pernah berlaku curang itu," ungkap salah satu sumber akhbar Daily Star.

Pasangan itu sebelum ini diketahui ramai telah menjalin hubungan kekasih selama empat tahun selepas berlakon dalam filem Twilight.

Sayangnya, hubungan mereka berakhir setelah Kristen diketahui bermain cinta dengan lelaki lain. um